RESPONS MEDIA MCW BERKENAAN PENDAKWAAN PEGAWAI SPRM DALAM KES RASUAH

RESPONS MEDIA MCW BERKENAAN PENDAKWAAN PEGAWAI SPRM DALAM KES RASUAH
15 JUN 2021

MCW yakin dan percaya akan komitmen pihak SPRM untuk turut mendakwa pegawai mereka dalam kes rasuah hari ini adalah amat terpuji dan disokong oleh segenap rakyat Malaysia. Tiada mana-mana individu pun yang ‘above the law’ dalam negara ini.

Semua agensi kerajaan pastinya tidak boleh berkompromi jika pegawai mereka disyaki terlibat walau dalam apa jenis jenayah sekalipun. Pegawai tersebut perlu disiasat dengan teliti dan didakwa serta dihukum jika benar-benar didapati bersalah.

Pendakwaan ini pasti memberikan kesan yang mendalam kepada semua penjawat awam bahawa mereka sentiasa dipantau dan tidak ‘kebal’ atau tidak boleh disentuh oleh sesiapapun.

Masyarakat sedar bahawa pegawai SPRM juga bukanlah malaikat yang tidak pernah berbuat salah atau ‘maksum’ daripada sebarang kesalahan.

Tindakan pendakwaan ini mesti diambil sebagai pengajaran dan ingatan penting kepada semua pihak.

MCW berharap pendakwaan ini tidak akan melemahkan kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Janganlah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Jika hanya segelintir yang tersalah langkah, ini bukanlah bermakna semuanya rosak dan tidak amanah!

Tindakan tegas seperti inilah yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia dalam usaha memastikan jenayah rasuah dibasmi di negara ini walau siapa pun pelakunya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*