RESPON MEDIA MCW BERKENAAN CADANGAN PEGAWAI KERAJAAN MEMEGANG JAWATAN DALAM GLC

RESPON MEDIA MCW BERKENAAN CADANGAN PEGAWAI KERAJAAN MEMEGANG JAWATAN DALAM GLC.
4 September 2020

MCW bersetuju dengan cadangan Tan Sri Abu Kassim, Ketua Pengarah GIACC untuk meletakkan pegawai kerajaan dalam pengurusan utama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya ahli politik.

MCW juga ingin menekan agar pegawai kerajaan tersebut mestilah ditapis sehabis baik oleh sebuah badan bebas agar tadbir urus yang baik dapat dilaksanakan di GLC tersebut.

Ciri-ciri utama pegawai tersebut mestilah disenaraikan dengan teliti terutamanya melibatkan isu kualiti dan integriti. Sumber manusia yang cekap dan berkesan akan membolehkan GLC itu digerakkan dengan sempurna dalam memberi keuntungan dan dalam masa yang sama menunaikan tangungjawab sosial mereka kepada rakyat Malaysia.

Pemimpin GLC tersebut mestilah mampu menjadi pemikir, perancang, pengatur strategi dan pelaksana yang mengembeling dan mengutilisasikan segala sumber dan peralatan GLC tersebut ke arah mencapai visi dan halatuju yang telah ditetapkan.

Pemimpin politik yang masih aktif dikhuatiri akan menggunakan GLC tersebut untuk kepentingan peribadi mereka seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

MCW yakin dan percaya bahawa komitmen kerajaan hari ini akan membuahkan hasilnya pada masa hadapan jika hal ini dapat dipraktikan segera.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*