RESPONS MEDIA MCW BERKENAAN PENGUMUMAN PROJEK DI KAWASAN PILIHANRAYA KECIL

RESPONS MEDIA MCW BERKENAAN PENGUMUMAN PROJEK DI KAWASAN PILIHANRAYA KECIL
19 APRIL 2024

1. Pengumuman projek kerajaan oleh pimpinan parti pemerintah sepatutnya dielakkan atas nama integriti yang berkaitan tatakelola dan elemen nilai murni. Pada ketika Perdana Menteri sedang fokus untuk menaikkan martabat integriti negara, para menteri mestilah seiring melaksanakan etika yang murni ini walaupun ianya tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang sedia ada.

2. Perdana Menteri dan kebanyakkan anggota kabinet sekarang adalah golongan yang sentiasa mengecam perbuatan ini dahulu dan punyai kesedaran yang tinggi tentang perbuatan yang tidak bermoral tersebut.

3. Pengumuman projek tertentu yang telah diluluskan lama sebelum pilihanraya kecil berlangsung sering berlaku di Malaysia dan amalan kerajaan terdahulu itu telah menyebabkan rakyat menolak parti tersebut. Ianya sepatutnya tidak lagi berulang.

4. Semua pihak juga perlu mengambil iktibar dari keputusan mahkamah pilihanraya PRU15 yang telah memutuskan bahawa keputusan di Kuala Terengganu tidak sah dan perlu diadakan semula akibat sikap tidak bertanggungjawab pimpinan politik dalam kerajaan. Ianya membazirkan harta dan masa rakyat. Mahkamah itu telah menyabitkan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

5. Komitmen jelas PMX untuk menghentikan amalan ini sewajarnya diikuti oleh semua pihak demi memastikan kelestarian pembanggunan negara.Integriti, tatakelola dan etika bukanlah setakat diucapkan sahaja, sebaiknya mesti disusuli dengan dengan tindakan dan amalan sebagai bukti nyata.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)