JOHOR, 8 November 2023- Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Johor, selaku penganjur menjemput Pemerhati Rasuah Malaysia bagi menyampaikan Ceramah Integriti dan Antirasuah kepada warga pendidik demi meningkatkan kesedaran benci rasuah.
Ceramah penuh bermaklumat tersebut disampaikan oleh Setiausaha Agung MCW, Rosdi Amir sebagai wakil MCW bagi memastikan pengisian penting dalam Program Literasi Kewangan dan Pencegahan Rasuah bermanfaat untuk para peserta yang hadir.
Peserta program ini terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah, Daerah Kota Tinggi Johor. MCW turut menekankan penerapan amalan nilai-nilai murni dalam persekitaran kerjaya dan bidang pendidikan. Budaya integriti juga wajar diterapkan dalam diri setiap pendidik agar tidak mudah terjebak dengan tindakan salah guna kuasa dan benar-benar bebas daripada godaan rasuah.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Semoga usaha positif seperti ini berterusan dan berkesan untuk membanteras rasuah dalam kalangan pendidik di negara ini.