Soalan 1:
Selepas hampir seminggu kempen Pilihan Raya Negeri, bagaimana MCW melihat dari sudut pemerhati rasuah? Adakah terdapat seperti unsur-unsur songokan?
Soalan 2:
Adakah pihak MCW sudah menerima laporan sama ada daripada laporan polis yang dibuat pemerhati yang lain? Jika ada, kawasan/ atau negeri manakah yang banyak terlibat?
Soalan 3:
(Berkait dengan soalan 2) Jika ada berlaku songgokan, adakah perlaku tersebut terdiri daripada calon yang bertanding, parti berkenaan, atau orang lain-lain?
Soalan 4:
Adakah pada PRN ini, MCW mewajibkan agar calon yang bertanding perlu membuat saringan dengan SPRM?
Soalan 5:
Bagaimanakah penguatkuasaaan MCW bersama pemerhati rasuah yang lain dalam menghindarkan perkara ini berlaku sepanjang PRN?
Respons MCW
1. MCW melihat kempen PRN ke-15 ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau aduan rasuah dari masyarakat setempat. Namun, Pemerhati MCW telah melaporkan banyak kempen yang melibatkan calon dengan kesalahan pilihan raya dalam bentuk rasuah PENJAMUAN. Aduan kesalahan ini juga telah dipanjangkan untuk siasatan pihak berkuasa yang berkenaan.
2. Masalah dan aduan acara kempen yang berkaitan rasuah PENJAMUAN ini dilaporkan berlaku hampir di semua kawasan dan melibatkan calon dari pelbagai parti.
3. Calon biasanya akan mendakwa penjamuan itu dilakukan oleh masyarakat setempat sebagai tanda penghargaan. Namun hakikat yang sebenar, majlis tersebut dianjurkan oleh penyokong mereka sendiri. Pihak berkuasa perlu melakukan penyiasatan terperinci bagi mendapatkan bukti yang kukuh dalam hal ini.
4. Saranan MCW kepada pihak berkuasa terutamanya SPRM untuk membuat saringan ke atas calon yang akan bertanding nampaknya masih belum dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita bimbang hal ini akan berpanjangan dan sukar untuk mencapai matlamat.
Semasa PRU yang lalu, terdapat parti yang mengambil inisiatif tersebut.
Namun dalam PRN ini, isu saringan tersebut seolah-olah didiamkan, sedangkan kita semua tahu perkara ini antara tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam memperkukuhkan sistem pilihan raya di Malaysia.
5. Hakikatnya, amat sukar untuk melihat kejadian rasuah dalam PRN berlaku dengan mata kasar. Hampir semua Pemerhati MCW dan pencinta Antirasuah Malaysia sedang bertungkus-lumus memantau media sosial untuk memastikan kejadian rasuah dalam PRN ke-15 ini. Kebiasaannya kes-kes rasuah akan ditemui menerusi media sosial. Pemerhati perlu membuat tapisan dengan teliti dalam memastikan kes-kes rasuah tersebut bukanlah fitnah yang di ulang tayang atau ‘recycle’ dari tahun sebelumnya. Aduan-aduan tersebut juga akan dirujuk terlebih dahulu kepada pakar pilihan raya dalam MCW sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.