Taiping, 29 Mac – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) hari ini dijemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan pengukuhan integriti penjawat awam kepada kakitangan penjara bagi menjayakan Hari Penjara ke – 233 peringkat negeri Perak.
Ceramah disampai oleh Saudara Anwar Sidek Yaruddin selaku Naib VI MCW yang berlangsung di Auditorium Ilmu Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping. Ceramah ini juga bertujuan untuk memperkasakan integriti kakitangan penjara bagi menyokong usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Sambutan Hari Penjara ke-233 yang bertemakan Reformasi ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan yang dihadiri kira-kira 300 orang pegawai-pegawai tertinggi dan lain-lain pangkat dari seluruh Perak yang diketuai oleh Yang Menjalankan Tugas Pengarah Penjara Perak, TKP Tuan Kamarul ALAM bin Hj. Taib.
Turut hadir dari MCW ialah Penolong Setiausaha saudara Mohd Hafiz Kassim dan Pegawai Khas Presiden, Norhazamin Muhammad Yusof.