Tetapkan garis panduan, peraturan lebih jelas – MCW

JAIS Abdul Karim
JAIS Abdul Karim. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menetapkan garis panduan dan peraturan yang lebih jelas melibatkan kesalahan yang dilakukan calon bertanding kepada pemerhati pilihan raya bagi memastikan pergerakan kempen berjalan lebih berkesan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim memberitahu, hal ini kerana terdapat beberapa kes yang dilakukan calon-calon sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih ketika ini disifatkan sebagai aktiviti ‘kelabu’ yang tidak diterangkan dengan jelas dalam garis panduan pilihan raya.

Katanya, MCW yang mempunyai 20 wakil sebagai pemerhati dalam PRK DUN Semenyih kali ini agak sukar untuk mengambil tindakan selanjutnya kerana parti-parti politik bertanding dilihat cuba ‘memanipulasi’ peraturan sedia ada.

“Inovasi dan strategi kempen setiap parti politik ini membuatkan kita sukar untuk mengenal pasti sama ada perbuatan itu salah atau tidak. Contohnya, aktiviti mengagihkan makanan yang menggunakan logo parti memang terdapat dalam Seksyen 8, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tetapi agak kurang jelas (peruntukannya).

“Kami juga berharap supaya semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya juga tidak cuba ‘memanipulasi’ kelemahan peraturan sedia ada sepanjang seminggu lagi kempen PRK DUN Semenyih ini,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*