IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyokong tindakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Auditorium Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP), baru-baru ini.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, usaha tersebut mampu menjadi inspirasi kepada orang awam dan penduduk kampung supaya dapat bersama-sama membantu SPRM dalam membanteras jenayah rasuah.
“Penyertaan rakyat melalui Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) akan menjadikan rakyat benar-benar bangun bersama-sama SPRM untuk bergerak agresif dalam membenci rasuah,”katanya.
Katanya, faktor paling penting adalah kesedaran rakyat bahawa rasuah bukan lagi perkara yang boleh diambil mudah.
“Jika dahulu dadah adalah musuh nombor satu negara tetapi sekarang disebabkan rasuah, pengedaran dadah, kemasukan senjata api termasuk membabitkan kemalangan, lesen terbang dan sebagainya boleh berlaku,”katanya.
Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri , Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria dan Presiden WCW, Jais Abdul Karim.
Sementara itu, seramai 20 NGO dan wakil PIBG daripada 150 sekolah ikut serta lafazkan IBR dalam program anjuran Pemerhati Rasuah Malayasia (MCW) dengan kerjasama SPRM.
Antara NGO yang ambil bahagian adalah Dewan Perniagaan Islam Perak serta wakil PIBG dari sekolah di daerah Kinta.
Leave a Reply