MCW di Program Integriti anjuran MARA 2023

Semenyih, 2 November 2023 -Hari ini buat julung kalinya MARA menjemput MCW untuk terlibat dalam program integriti sempena Pelancaran Bulan Integriti Negara 2023. Program ini cukup penting kerana melibatkan semua pengurusan kanan dan pelajar MARA dari seluruh negara .Majlis ini dirasmikan oleh Dato’ Seri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.
Presiden MCW, Tuan Jais Abdul Karim juga turut hadir melawat tapak pameran yang diadakan pada sesi petang.
Pameran MCW dikendalikan oleh Saudara Rusydi, SUK MCW bersama Penolong Setiausaha Agung, Saudara Hafiz Kasim. Naib Presiden 3, Qamar Arif juga hadir memberikan sokongan. Sambutan amat menggalakkan daripada para pelajar dalam menyertai kuiz antirasuah dan integriti di ‘booth’ MCW kerana mereka berminat untuk lebih mengenal.aktiviti serta produk MCW. Mereka juga diwajibkan mengutip poin stiker kehadiran pada hari ini untuk markah tambahan.
Timbalan Presiden 1 MCW, Dr. Rozaidi menyampaikan ceramah bertajuk Integriti- Cegah Rasuah sebelum acara perasmian penutup diadakan pada sesi petang.
MCW berterima kasih atas jemputan ini dan berharap dapat meneruskan kerjasama dengan pihak MARA dan pelbagai agensi lain pada masa hadapan. Kerjasama seperti ini amat penting untuk membentuk kesedaran benci rasuah dan membudayakan integriti dalam kalangan pelajar.