Majlis Pelancaran Bulan Integriti Nasional

Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Integriti Nasional 2023 bertemakan “INTEGRITI CITRA MALAYSIA MADANI”
Presiden MCW, Jais Abdul Karim ditemani oleh 10 kepimpinan tertinggi antaranya ialah Timbalan Presiden 1, Dr. Rozaidi yang juga hadir atas kapasiti Ahli Lembaga Pengarah IIM, dua Naib Presiden YB Muruga dan Qamar Arif, Penasihat Ulung, Dr.Yahya Mat Hassan, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Dato’ Abdul Wahab Harun, Timbalan Pengerusi Penasihat Dr. Hj. Mazlan Ahmad, Penasihat MCW Hj. Shahul Hamid bagi menyaksikan pertukaran Memorandum Sefahaman antara MCW dan IIM atas dasar kerjasama menjalankan gerakan aktiviti pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Majlis pelancaran pagi tadi berlangsung di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri serta disaksikan oleh Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Institut Integriti Malaysia (IIM).