Presiden MCW dijemput ke Forum Integriti Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Timur 2023

PAHANG, 17 Ogos- Presiden MCW,Tuan Hj. Jais Abdul Karim dijemput sebagai ahli panel Forum Integriti Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Timur 2023 bertemakan “Keluhuran Integriti, Paksi Minda Insani”.
Majlis dirasmikan oleh Komisioner Jeneral Penjara, KJP Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad dan disaksikan oleh Pengarah Penjara Pahang TKP Dato’ Hassan bin Hussain, Pengarah-pengarah Negeri dan Pengarah Institusi Zon timur.
Timbalan Pengarah PENMAS SPRM, PKPj Tuan Samsul Salip turut dijemput sebagai ahli panel forum dalam majlis ini dan beliau menjadi saksi kepada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh kakitangan penjara Bentong pagi tadi. Sifat amanah, dedikasi dan disiplin mereka yang tinggi akan lebih mantap dengan lafaz IBR demi menjaga imej penjara Bentong, Pahang.
Tajuk forum ini dikupas dengan menarik dari sudut undang-undang, kemanusian, nilai-nilai murni, etika kerja, kesihatan mental dan kesedaran diri. Presiden MCW menekankan peranan dan tanggungjawab sebagai masyarakat awam yang berintegriti tinggi amat penting dalam memastikan negara bebas rasuah.
Kognitif iaitu proses mental atau minda seseorang individu untuk mentafsir atau memahami sesuatu amat penting dalam pembentukan intektual dan nilai-nilai murni insan yang lebih berintegriti. Dr. Ramlah binti Muhammad Kutty, pakar psikiatri berkongsi pandangan dari sudut psikologi dalam pembentukan peribadi insan berintegriti.