MCW dijemput sebagai pempamer sempena bulah Kemerdekaan Malaysia oleh SMK Segambut

SEGAMBUT, 16 Ogos – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Segambut, Kuala Lumpur sebagai pempamer sempena bulan Kemerdekaan Malaysia. Pameran ini diadakan di Dewan Harmoni sekolah tersebut. Peserta aktiviti pada hari ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan tiga, empat dan lima.
Memandangkan pameran ini diadakan sempena bulan Kemerdekaan Malaysia, Naib Presiden 2 ,saudara Muruga Rajan, Naib Presiden 3, Qamar Arif dan dibantu oleh Rizal, Pegawai Khas Presiden mengadakan kuiz integriti@antirasuah untuk menguji pengetahuan serta jati diri pelajar yang melawat ‘booth’ pameran MCW.
Pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz diberikan hadiah topi dan baju ninja MCW sebagai tanda penghargaan dan promosi kempen MCW NINJA: FIGHT BRIBERY WITH BRAVERY.
Laporan korporat MCW juga diberikan sebagai cenderahati kepada tetamu yang hadir untuk mengenal MCW NGO ANTIRASUAH yang bekerjasama rapat dengan SPRM dalam usaha pemcegahan rasuah dan pendidikan antirasuah.
Pendidikan antirasuah harus bermula dari peringkat sekolah dan dididik secara berterusan. Sokongan para guru dan ibu bapa juga amat dialu-alukan untuk bersama-sama membentuk elemen nilai-nilai murni dan benci rasuah bermula dari rumah dan sekolah.
Antara pempamer lain yang turut serta pada hari ini adalah:
1. JPAM
2. AMAN PALESTIN
3. SWC CORP Malaysia
4. JPJ
5. UMCCed (Universiti Malaya Centre for Continuing Education)
6. BREYER COLLEGE
7. INSTITUT KRAF NEGARA