MCW@ TAKLIMAT PEMERHATI SPR

MCW@ TAKLIMAT PEMERHATI SPR
Taklimat Piihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor ke-15 diadakan di Convention Hall, IDCC, Shah Alam. Seramai hampir 40 orang ahli MCW menghadiri sesi taklimat di sini, pagi semalam.
Setakat ini seramai 81 orang ahli MCW yang berdaftar sebagai Pemerhati PRU Dewan Negeri di enam buah negeri berkenaan.
Pihak SPR menyediakan slide bahan taklimat untuk rujukan pemerhati yang tidak dapat hadir semalam.
MCW seperti biasa akan menempatkan ahli-ahli MCW yang berdaftar rasmi sebagai Pemerhati Pilihan Raya@SPR dan juga pasukan sokongan di bawah seliaan Presiden MCW untuk memantau aktiviti rasuah dan salah guna kuasa di enam buah negeri sepanjang proses pilihan raya dijalankan pada Ogos ini.
Pihak SPR sentiasa memberikan peluang kepada MCW untuk berkhidmat demi negara. Naib Presiden 3, Qamar Arif masih ditugaskan bagi mengetuai kumpulan pemerhati pilihan raya SPR. Ilmu dan pengalaman amat penting dalam melaksanakan tugasan ini.
Sehubungan itu, MCW menggalakkan ahli-ahli yang berminat, menghadiri taklimat penting ini supaya tidak tersasar daripada tujuan asal.
Terima kasih kepada Naib Presiden 2, AJK, ahli panel pemikir, penasihat dan juga ahli MCW yang sanggup meluangkan masa untuk menghadiri taklimat ini sebagai tanda sokongan.