MCW menerima lawatan delegasi dari Fakulti Sains Komunikasi, Universitas Islam Bandung, Indonesia (UNISBA)

KAJANG, 13 Julai 2023 – Pemerhati Rasuah Malaysia menerima lawatan delegasi dari Fakulti Sains Komunikasi, Universitas Islam Bandung, Indonesia (UNISBA) seramai 22 orang yang diketuai oleh Prof. Dr. Ike. Junita Triwardhani bagi memenuhi keperluan kajian kursus pelajar-pelajar ijazah sarjana mengenai rasuah di Malaysia.
MCW menyambut baik hasrat delegasi ini dengan menjawab soalan-soalan kajian yang dilakukan berdasarkan kedudukan Malaysia di tangga ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021 dan lebih tinggi skor direkodkan, lebih bersih sesebuah negara daripada amalan rasuah manakala lebih rendah skor bermaksud lebih tinggi kes rasuah berlaku. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengumuman kes-kes rasuah yang disiasat oleh pihak SPRM memberi kesan terhadap CPI Malaysia, namun MCW yakin bahawa tindakan SPRM ini berasas.
Komitmen dan sokongan MCW terhadap tindakan pencegahan SPRM sentiasa teguh supaya jenayah rasuah dapat dibanteras dengan berkesan. MCW juga sentiasa mendapat perhatian dan sokongan baik dari pihak media bagi membantu menyampaikan maklumat pendidikan antirasuah yang berkesan kepada rakyat.
Bagi menjawab kepada persoalan delegasi pelajar-pelajar ijazah sarjana, Fakulti Sains Komunikasi UNISBA; apakah peranan MCW dalam memastikan pengurangan kadar rasuah negara?
Selama enam tahun ini, MCW telah menjalankan 600 inisiatif dalam bentuk aktiviti antirasuah dengan memberi penekanan pencegahan menerusi pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya amalan rasuah. MCW berharap ahli delegasi UNISBA hari ini tidak salah membuat penilaian berdasarkan andaian atau pandangan peribadi. Sebarang kemusykilan mengenal hal ini bolehlah menghubungi pihak MCW dan SPRM bagi mengukuhkan kajian anda.