Kerjasama MCW untuk melaksanakan program Antirasuah dan Integriti di Pusat Ekonomi Digital – PEDi

Pagi ini, Presiden dan Pengerusi Lembaga Penasihat MCW berpeluang melawat dan melihat kemudahan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia di Beranang, Semenyih.
YBhg Tan Sri Halim Shafie, Pengerusi syarikat MSD yang mengendalikan 474 PEDi diseluruh negara turut hadir mengalu alukan kerjasama program Advokasi Antirasuah dan Integriti yang dijangka akan bermula pada bulan kemerdekaan nanti.
Semoga kerjasama ini dapat direalisasikan demi memastikan usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang Aktivis Antirasuah akan tercapai.
Nota khas: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebelum ini lebih dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) atau Pusat Internet Desa berperanan membantu para usahawan untuk mendigitalkan perniagaan dalam talian dan seterusnya menjana pendapatan. Terdapat 971 pusat ini diseluruh negara yang diselenggara oleh MCMC atas pembiayaan syarikat komunikasi dalam negara.