Respons Media MCW berkenaan komitmen Perdana Menteri terhadap pengupayaan integriti Penjawat Awam

MCW menyokong penuh usaha ini yang boleh merubah persepsi dunia terhadap integriti negara.

Tindakan dan sikap segelintir penjawat awam yang curang dan mementingkan tekak sendiri dalam melakukan rasuah perlu diatasi segera.

MCW melihat dalam tempoh 3 bulan ini, PM banyak menggesa ke arah memastikan integriti penjawat awam dibaiki dalam usaha mengubah imej negara.

Janganlah kerana nila setitik , rosak susu sebelanga. Etika positif Penjawat Awam adalah kunci utama perubahan yang didambakan oleh seluruh rakyat Malaysia.