Adakah JANJI PILIHAN RAYA satu rasuah?

Adakah JANJI PILIHAN RAYA satu rasuah?
MANIFESTO atau janji yang dilaung-laungkan sepanjang pilihan raya berlangsung dibuat untuk mempengaruhi, mendorong individu atau pengikut supaya memberikan kepercayaan dan sokongan kepada si pembuat janji atau parti yang bertanding.
Janji-janji ini merupakan salah satu faktor penting yang menjadi kayu pengukur kepada pengundi untuk membuat keputusan.
Adakah manifesto atau janji pilihan raya yang dibuat oleh parti kerajaan atau pembangkang kepada pengundi-pengundi ditakrifkan sebagai rasuah dan menjadi kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?
Untuk menjawab soalan tersebut, keputusan kes Teoh Teik Huat lawan Lim Kean Siew & Anor tahun 1981 wajar direnungi.
Kes ini berhubung kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan (ketika itu) untuk memberikan peruntukan kewangan yang besar sekiranya BN menang bagi pilihan raya kawasan Pengkalan Kota.
Antara intipati penghakiman dalam kes ini adalah seperti berikut:
“The corrupt intention and corrupt inducement to the electors or voters to vote or refrain from voting must exist.
The corrupt practice of bribery which is criminal offence by statue must be strictly proved beyond all reasonable doubt by clear and unequivocal evidence, and the inducement to vote or refrain from voting must be exercised upon one or more electors or voters who must be identified as the objects to whom it was made or addressed.
There is no such specific or identifiable particularity in this case but only an allegation of an address to a faceless and amorphous crowd of somewhat unanalyzed fluidity of over 1,500 people said to have been largely compromised of electors or voters and people of the constituency.”
“Tengku Razaleigh was not himself the Barisan Nasional candidate in the election and there is no reason why he should pledge his personal fortune.” “Moreover a promise of public action made by Tengku Razaleigh is in his capacity as a Minister in Charge of the country fiscal portfolio.”
Disimpulkan kepada penghakiman di atas, janji-janji politik yang dibuat oleh seseorang calon itu TIDAK diklasifikasikan sebagai rasuah atas fakta-fakta berikut:
a. Janji yang dibuat oleh Tengku Razaleigh dibuat atas kapasitinya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan negara;
b. Majlis tersebut tidak hanya mengumpulkan pengundi dari kawasan yang dijanjikan pembangunan itu sahaja. Sebaliknya dihadiri ribuan penyokong termasuk penduduk tempatan, orang luar dan rakyat dari daerah- daerah yang lain;
c. Tengku Razaleigh bukan juga merupakan calon yang bertanding;
d. Kepentingan peruntukan yang diberikan adalah untuk rakyat keseluruhannya dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu terutamanya pengundi;
e. Tiada unsur paksaan dalam mengundi mana-mana calon; dan
f. Peruntukan yang dijanjikan bukan wang peribadinya tetapi adalah peruntukan Kerajaan Pusat.
Diharap penjelasan dan fakta ini boleh menjadi panduan kepada semua.
Tarmize Abdul Manaf
Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM
https://utusantv.com/2021/05/02/janji/?fbclid=IwAR3Op8Km6kppz0Eid5BKSrHQlqCNB4_iW3NwwS9xw4TTYi2y6iZGm6Vyg1w

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*