DAULAT TUANKU!

1. MCW menjunjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Baginda mengisytiharkan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

2. Ingatan YDPA kepada ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu gugat kestabilan pemerintahan negara juga amat penting untuk ditaati oleh semua rakyat Malaysia terutamanya ahli politik kita.

3. YDPA turut menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen pada *6 November nanti adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

4. Ayuhlah seluruh rakyat! Kita bersama menjayakan seruan YDPA tanpa mengira fahaman politik, mengenepikan segala perbalahan untuk bersatu padu dalam membantu Kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung wabak COVID-19 ini.

5. Kebijaksanaan berhikmah dan keprihatinan cukup berhemah oleh YDPA dan Raja-Raja Melayu terbukti dalam catatan sejarah hari ini!

6. Segalanya adalah demi melindungi dan menjaga kehidupan rakyat serta kesejahteraan negara tercinta! Hidup Rakyat!

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada!

DAULAT TUANKU!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*