MCW menyokong penuh niat baik pihak SPRM menerusi kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Azam Baki

Kenyataan Media MCW

MCW menyokong penuh niat baik pihak SPRM menerusi kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Azam Baki dalam artikel bertajuk “Wang perlindungan yang berleluasa”. Secara serius MCW melihat budaya pemberian wang perlindungan ini merupakan salah satu punca utama kadar rasuah dan jenayah dalam negara masih tinggi.

Hakikatnya masyarakat awam menyedari bahawa tahap integriti dalam agensi penguatkuasaan yang melibatkan pegawai atasan merupakan penyumbang utama kepada kegagalan agensi berkenaan untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Sewajarnya ketua-ketua jabatan menyokong usaha SPRM dan bertindak “cakap serupa bikin”. Amalan tolak rasuah harus bermula daripada diri mereka sendiri supaya mereka menjadi contoh yang baik kepada kakitangan di bawah seliaan mereka. Namun, berdasarkan sumber sahih keadaan sebaliknya berlaku dan senario ini amat membimbangkan, malah ianya akan merosakkan imej agensi penguatkuasaan berkenaan.

Justeru, MCW mendesak agar pemerkasaan pemantauan yang serius dilakukan agar budaya negatif memberi wang perlindungan ini dapat diatasi sehingga ke akar umbi warga agensi penguatkuasaan.

Hj. Jais bin Abdul Karim
Presiden MCW

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*