KENYATAAN MEDIA MCW-ROMBAKAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA MCW
12 Disember 2023

1. MCW ingin mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota kabinet kerajaan Malaysia yang telah dilantik dalam rombakan hari ini.

2. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuktikan komitmen untuk tidak berkompromi dengan kabinet beliau yang terpalit dengan isu rasuah.

3. Anggota kabinet kerajaan baharu dilantik ini perlu membuktikan kepada rakyat bahawa nilai integriti dan karisma kepemimpinan yang bersih serta bebas rasuah adalah keutamaan dalam melaksanakan tugas bagi memartabatkan nama Malaysia di persada dunia.

4. Kesedaran bahawa keadaan rasuah di kementerian masing-masing masih lagi serius perlulah ditanggani dengan segera. Nilai integriti, ketelusan dan kemahuan melawan rasuah serta salah guna kuasa mesti dizahirkan menerusi pelantikan pegawai anggota kabinet yang mempunyai rekod bersih.

5. Kepercayaan rakyat terutamanya golongan usahawan yang sering berurusan dengan pegawai kerajaan mesti ditingkatkan dengan inisiatif antirasuah yang lebih jelas.

6. MCW mewakili rakyat yang mahukan Malaysia yang bersih dari rasuah mengesa kerajaan terkini melakukan reformasi yang lebih agresif untuk bebaskan negara daripada cengkaman salah guna kuasa dan peyelewangan wang rakyat.

7. Berkhidmatlah dengan penuh amanah demi kestabilan politik, kemakmuran rakyat dan bekerja keras untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat senario sosial dan ekonomi dunia yang semakin meruncing.

Haji Jais bin Abdul Karim
Presiden