Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 5 tahun MCW kepada Cikgu Mohd Ghazaly Haroun

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Mohd Ghazaly Haroun (ahli no. 027) yang berkunjung ke pejabat MCW petang tadi. Presiden menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 5 tahun MCW atas empat sumbangan besarnya kepada perjuangan antirasuah MCW. Antaranya ialah:

1. Memperkenal dan membawa sekurang-kurangnya 10 orang rakan rakan dari Kolej Vokasional dan pegawai KPM termasuk bekas anak muridnya sebagai ahli seumur hidup MCW.

2. Khidmat bakti secara aktif dalam memberikan idea dan kritikan membina untuk perkembangan MCW.

3. Berjaya mengatur beberapa program Pendidikan Antirasuah MCW bersama Kolej Vokasional.

4. Memberikan sumbangan tahunan secara konsisten setiap tahun kepada perjuangan MCW kerana menganggap ini adalah usaha dan tanggungjawab terhadap negara dalam menjayakan aktiviti Cegah Rasuah.