PROMOSI MCW@PEDI FELDA SOEHARTO

KUALA KUBU BHARU, 21 Oktober 2023- MCW mengambil inisiatif mempromosi pengenalan mengenai fungsi dan peranan NGO antirasuah dalam mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan sentiasa sedar tentang bahaya rasuah.
Setiausaha kerja yang baru dilantik. Mohd Rusydi Jaafar ditugaskan untuk mengendali pameran ringkas dan bertindak sebagai wakil pejabat pengurusan MCW bagi mengukuhkan jalinan kerjasama strategik banteras rasuah.
Pihak PEDi berkongsi info MCW menerusi video rakaman dan ‘slide’ pengenalan MCW daripada Presiden MCW berkaitan aktiviti antirasuah MCW kepada masyarakat kampung yang hadir di Pusat Ekonomi Digital Felda Seoharto pagi tadi.
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput dan memberi kesempatan untuk MCW menyampaikan maklumat tepat mengenai bahaya rasuah kepada masyarakat kampung.