Wakil MCW menyertai Sambutan Hari Integriti 2023 Anjuran Prolintas

KUALA LUMPUR, 4 September 2023- PROLINTAS menganjurkan sambutan Hari Integriti 2023 bertemakan “Upholding Integrity, Guiding Governance: Excellence in Action”. Sambutan hari integriti perlu disokong dan diraikan oleh semua pihak.
MCW diwakili oleh Ketua Penasihat Dato’ Abdul Wahab Harun, Naib Presiden 3, Qamar Ariff dan Penasihat Ulung MCW Dr. Yahya Mat Hassan sebagai tanda sokongan sebagai rakan strategik Prolintas. Selain daripada mengajak masyarakat awam terlibat dalam aktiviti kesedaran dan pendidikan antirasuah, MCW juga menggalakkan masyarakat Malaysia hari ini membudayakan integriti sebagai adab serta amalan kebiasaan dalam kehidupan harian.
Majlis ini berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Timbalan Presiden 1 MCW, Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali yang juga Pengurus Besar, Jabatan Integriti Prolintas hadir memainkan peranan sebagai pihak penganjur utama sambutan Hari Integriti PROLINTAS pada hari ini.
Foto: Kredit kepada Dr.Rozaidi dan Qamar Ariff.