MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW)

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW)
KAJANG. 30 Julai 2023- Bermula jam 2.00 hingga 4.30 petang semalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bil.1 bagi penggal 2023-2026 diadakan secara fizikal di pejabat MCW bagi membincangkan agenda pemerkasaan MCW termasuk penambahbaikan dalam pengurusan, dana pergerakan dan bahan terbitan untuk mendidik ahli serta masyarakat agar lebih faham mengenai fungsi perjuangan antirasuah MCW yang sebenar.
Seramai 30 AJK hadir secara fizikal dan dua orang AJK yang tidak dapat hadir atas urusan pekerjaan hakiki turut menyertai mesyuarat secara online.
ACARA TAMBAHAN
Bermula jam 5.30 petang mesyuarat Ahli Panel Penasihat dan Panel Pemikir diadakan bagi sesi pengenalan penggal ini. Fungsi dan peranan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi berdasarkan Peruntukan Perlembagaan MCW.
Terima kasih kepada semua yang hadir atas kesedaran untuk berkhidmat di bawah platform MCW untuk sama-sama memerangi rasuah negara dan bukan atas kepentingan peribadi.
Jamuan petang turut diadakan bagi meraikan sambutan ulung tahun penubuhan MCW ke-6. Acara tamat pada jam 6.30 dan bersurai.
_________________________________________________
SENARAI DOKUMEN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MCW
BIL. 1/2023-2026
Dokumen A – SURAT PANGGILAN MESYUARAT
Dokumen B – AGENDA MESYUARAT
Dokumen C – MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KALI KETIGA MCW YANG BERLANGSUNG PADA SABTU, 17 JUN 2023
Dokumen D – PROFIL MCW TERKINI DAN 25 SOALAN LAZIM BERKENAAN MCW
Dokumen E – SENARAI AHLI LEMBAGA PENASIHAT MCW DAN SENARAI AHLI PANEL PEMIKIR MCW PENGGAL 2023-2026
Dokumen F – SENARAI KEAHLIAN MCW – AMBILAN 20 UNTUK KELULUSAN MESYUARAT
Dokumen G – SENARAI AKTIVITI MCW SEJAK APRIL 2023 HINGGA YANG TERKINI
Dokumen H – LAPORAN KEWANGAN MCW
Dokumen I– LAPORAN PEMERHATI NGO TEMPATAN DI PRN 6 NEGERI YANG SEDANG BERLANGSUNG
Dokumen J – PENUBUHAN BIRO / SEKRETARIAT