PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT MCW-RAKYAT BOLEH IKUTI PERKEMBANGAN KES RASUAH MELALUI ‘GARIS MASA KES’

RAKYAT BOLEH IKUTI PERKEMBANGAN KES RASUAH MELALUI ‘GARIS MASA KES’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tampil dengan kaedah baharu iaitu mekanisme yang lebih terbuka bagi memaklumkan kepada orang awam mengenai kemajuan sesuatu kes yang berkepentingan awam dan menarik perhatian umum.

Satu ruangan di portal rasmi SPRM yang dikenali sebagai Garis Masa Kes atau Timeline of Cases (TOC) telah diperkenalkan bagi tujuan tersebut bermula hari ini.

Ruangan Garis Masa kes tersebut boleh dilayari menerusi pautan:

https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=145&cat=TOC