MCW GESA SPRM SAMAN SHAFIQ ABDUL HALIM SEBAGAI PENGAJARAN

Kenyataan media MCW

22 FEB 2023

1. MCW memandang serius tuduhan Shafiq bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kes rasuah.

2. MCW dengan tegas mengkritik kenyataan tersebut dan permintaan maaf daripada Shafiq adalah tidak mencukupi kerana kenyataan itu telah tersebar luas dan pasti ada yang mempercayainya. Pengajaran harus diberikan kepada seluruh anggota masyarakat agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap agensi penyiasatan negara.

3. MCW juga menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan dan mengganggu-gugat siasatan pihak SPRM yang sedang berjalan.

4. MCW yakin dan percaya bahawa setiap rakyat Malaysia sentiasa menyokong SPRM. SPRM mesti terus tegas dan berani bertindak menyiasat sesiapa sahaja bagi memastikan segala dakwaan kes rasuah dibongkar sehingga akar umbi.

5. Kebijaksanaan SPRM dalam menjalankan siasatan tidak wajar dipertikaikan dan ahli politik atau penyokong mereka yang sedang disiasat perlu memberi kerjasama penuh dan dinasihatkan untuk mengelakkan membuat kenyataan yang kelihatan menganggu atau mencampuri urusan siasatan bagi memastikan siasatan yang telus dapat dilaksanakan.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden
MCW