RESPONS MEDIA MCW 15 Disember 2022

RESPONS MEDIA MCW
15 Disember 2022

1. MCW menyelar kenyataan Ketua Pejuang dan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Wilayah Persekutuan yang mempertikaikan integriti dan prinsip perkhidmatan para pegawai SPRM.

2. Kenyataan itu terlalu bersifat peribadi yang hanya menyalahkan sesuatu pihak sahaja. Beliau sendiri pernah hadir ke SPRM untuk membuat aduan namun disebabkan kehendak politik mereka tidak dapat dipenuhi kerana tiada merit maka mereka sanggup membuat kenyataan seperti ini.

3. MCW dan seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa GTA yang kalah teruk dalam PRU15 baru baru ini sudah tiada modal politik lain selain dari cuba membangkitkan rasa marah kepada kerajaan baharu dengan mengkambing hitamkan SPRM.

4. Kejayaan kes SRC yang berakhir dengan Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman terhadap Dato’ Sri Najib adalah sewaktu UMNO memerintah dimana Perdana Menteri pada ketika itu adalah Dato’ Seri Ismail Sabri. Kejayaan ini adalah berasaskan kepada siasatan SPRM yang telah dilaksanakan sejak 2015 dan berjaya mendapatkan bukti yang kukuh kepada kes. Adalah tidak munasabah hujah GTA yang menyatakan pihak SPRM tidak berintegriti dan hanya menyokong kerajaan yang memerintah.

5. GTA menyarankan SPRM perlu ada rombakan besar. Sekiranya mereka tidak ada keyakinan dengan SPRM di bawah pimpinan Tan Sri Azam Baki sekarang tetapi mengapakah sebelum ini, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pun antara orang yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan 1MDB dan terkini kes berkaitan tanah Kampung Baru?

6. MCW menyeru semua pihak dalam negara untuk berhenti berpolitik dan memberi peluang kepada kerajaan baharu membuat segala perubahan yang perlu bagi membolehkan segala masalah dan penambahbaikan dapat dilakukan dengan lancar.

Haji Jais bin Abdul Karim
Presiden