Rasuah orang politik kritikal, calar imej Malaysia

 

  • Oleh HAKIMI ISMAIL
  • 24 September 2022, 6:55 am

PETALING JAYA: Pendedahan dan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin politik sangat kritikal sekali gus menyebabkan skala indeks rasuah di Malaysia terus meningkat sekali gus dilabel berada pada skala bahaya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, secara jelas, gejala rasuah di Malaysia ketika ini diukur berdasarkan kes rasuah pemimpin politik.