Pertandingan Pidato Antirasuah anjuran MCW-Kolej Vokasional Kajang

Kajang, 21 September – Pertandingan Pidato Antirasuah anjuran MCW dengan kerjasama Kolej Vokasional Zon Tengah, Kajang berlangsung pada jam 9.00 Pagi hingga 1.30 Tengah Hari ini.
Peserta program pilot yang pertama ini dari 11 buah Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan dengan keseluruhan seramai 22 orang peserta.
Presiden MCW menyatakan bahawa program Pidato ini penting dalam proses pembentukan pemimpin masa hadapan.
“Peserta yang bercakap tentang topik Antirasuah pasti akan ingat kenangan ini dan akan mengamalkannya dalam kehidupan.”
“Hanya 10 peratus pemimpin dilahirkan dengan kemampuan istimewa menjadi pemimpin manakala yang lain mesti dilatih dan diasuh untuk menjadi pemimpin. Program ini penting dalam pendidikan kepimpinan.”
Tahniah dan syabas kepada urusetia KV Zon Tengah diatas inisiatif dan usaha ini. Setiausaha Agung MCW, saudara Rosdi Amir dilantik menjadi Ketua Juri pertandingan ini dengan dibantu oleh oleh Naib Presiden 4 MCW, Saudara Qamar Arif, Ahli panel Pemikir MCW – Encik Retnam dan dua orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.
Pilot program yang kedua akan diadakan pada 28 September ini di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar untuk pemimpin pelajar Peringkat Daerah Kerian. Ahli MCW yang berminat dijemput sebagai tetamu khas atau menjadi juri pertandingan.
Usaha murni ini untuk mendidik golongan pelajar agar sentiasa sedar tentang bahaya rasuah. Peranan pendidik dan NGO Antirasuah perlu lebih menyeluruh dan bergerak seiring dalam memperkasa pendidikan antirasuah. RASUAH MUSUH NO .1 NEGARA dan perlu dibanteras dengan kerjasama semua pihak secara bersepadu.