Dua orang pemimpin kanan MCW menerima Anugerah Khas sempena Majlis Anugerah Media SPRM 2021

Putrajaya, 14 Jun 2022- Presiden MCW dan beberapa Jawatankuasa tertinggi MCW dijemput menghadiri Majlis Anugerah Media SPRM 2021 yang berlangsung di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 10.00 pagi tadi.
MCW menerima Anugerah Khas dari pihak SPRM atas penglibatan dan sokongan padu terhadap pembanterasan rasuah negara. Anugerah khas ini adalah berdasarkan komitmen berterusan menerusi penulisan pelbagai artikel antirasuah dan integriti yang diterbitkan oleh Media Malaysia. Penerima anugerah tersebut adalah:
1. Tuan Haji Jais Abdul Karim, Pengasas dan Presiden MCW.
2. Saudara Noor Shakeel Abdul Hamid
Timbalan Ketua Ahli Panel Pemikir MCW.
Semoga anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan melawan rasuah dan juga menjadi suntikan semangat kepada ahli-ahli MCW yang lain menulis artikel yang bertemakan integriti dan Antirasuah.
KP SPRM menyampaikan Anugerah Media SPRM 2021 kepada Presiden MCW, En. Jais Karim