RESPONS MEDIA MCW BERKAITAN KHABAR ANGIN BAHAWA RAMAI TERTUDUH KES RASUAH AKAN DILEPASKAN SATU PERSATU MULAI MINGGU MENDATANG 12 SEPTEMBER 2021

RESPONS MEDIA MCW BERKAITAN KHABAR ANGIN BAHAWA RAMAI TERTUDUH KES RASUAH AKAN DILEPASKAN SATU PERSATU MULAI MINGGU MENDATANG
12 SEPTEMBER 2021

MCW perhatikan bahawa terdapat satu gerakan yang tersusun dalam mencabar kewibawaan SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC) melalui berita palsu (rumours) mengenai ura-ura kes kluster mahkamah ahli politik akan terlepas atau dibebaskan dari pendakwaan pada minggu-minggu yang mendatang.

MCW berharap agar tiada campur tangan politik yang boleh menyebabkan kes-kes itu digugurkan demi kepentingan politik sesuatu puak dan akan menjatuhkan semangat dan imej SPRM yang telah bersusah payah menyiasat dan mencari bukti kukuh sehinggalah proses pendakwaan dan perbicaraan selesai dijalankan.

Rakyat hanya boleh menerima sekiranya kes tersebut telah dibicarakan sehinggalah pihak mahkamah membuat keputusan yang adil berdasarkan intipati perbicaraan tersebut. Telah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk yakin dan menerima keputusan tersebut.

Kita semua telah melihat dengan jelas bahawa SPRM telah menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan tidak mahu imej SPRM sebagai agensi bebas, adil dan professional tercalar dengan keputusan AGC menarik semula pendakwaan kes yang sedang berjalan. SPRM menjalankan tugas penyiasatan seperti mana Prinsip Pengasingan Kuasa Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan sebaik mungkin..

Jika betul SPRM telah dipengaruhi oleh campur tangan politik dan tidak membuat pertimbangan menyeluruh apabila mendakwa bekas anggota kerajaan yang terdahulu (di zaman kerajaan Pakatan Harapan) maka MCW mencadangkan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan ini demi keadilan untuk semua. Institusi Kehakiman, Pendakwaan dan Penyiasatan negara wajiblah bebas dari sebarang campur tangan politik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*