RESPONS MEDIA MCW MENGENAI TAWARAN ‘DURIAN’ KEPADA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG DAN KEPERLUAN AKTA ANTILOMPAT PARTI ATAU MENGHADKAN TEMPOH PENGGAL AHLI PARLIMEN BAGI MENANGANI MASALAH INI.

RESPONS MEDIA MCW MENGENAI TAWARAN ‘DURIAN’ KEPADA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG DAN KEPERLUAN AKTA ANTILOMPAT PARTI ATAU MENGHADKAN TEMPOH PENGGAL AHLI PARLIMEN BAGI MENANGANI MASALAH INI.

1. Berdasarkan kenyataan media SPRM semalam, MCW berpendapat bahawa ada kemungkinan mesej misteri yang diterima oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berkenaan adalah ‘scam’ atau rancangan konspirasi politik menjelang undian belah bahagi pada bulan September ini di Dewan Rakyat bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap pentadbiran kerajaan kini. Kaedah ini sebenarnya memberi gambaran bahawa kerajaan kini ‘terdesak’ untuk terus kekal berkuasa.

2. Rakyat sebagai pemilih mesti SEGERA SEDAR dan berubah dalam meletakkan kriteria untuk memilih wakil rakyat terbaik mereka. Rakyat mesti berani memilih calon berdasarkan karisma kepemimpinan, rekod perkhidmatan dan latar belakang peribadi yang bersih dan bukan semata-mata kerana Parti yang disertai.

3. Gerakan mengislah pola pemikiran rakyat untuk memilih pemimpin berdasarkan latar belakang peribadi calon membolehkan Wakil Rakyat sebenar terpilih. Kita perlukan individu yang berintegriti tinggi, berani mempamerkan kuasa kepimpinan yang telus dan sanggup berkorban untuk rakyat serta negara.

4. Rakyat disarankan untuk terus memantau dan kekal tenang dalam menghadapi permainan politik licik seperti ini. Sudah sampai masanya rakyat bertindak menjauhkan kuasa dari ‘tangan hitam’ yang boleh mengubah manusia bersifat KEBINATANGAN dalam kepimpinan.

5. MCW ingin menekankan sekali lagi bahawa ‘Rasuah Politik’ dan Budaya ‘LOMPAT PARTI’ dalam kalangan ahli politik memberi impak besar terhadap nilai integriti dan governans negara.

6. Akta Parti Politik Malaysia (APPM) mesti segera dilaksanakan dan merangkumi etika ahli politik, pengurusan pendaftaran parti politik, mengawal segala hal berkaitan kewangan, laporan tahunan serta hal-hal lain bagi memastikan tiada salah urus atau salah guna kuasa berlaku. APPM adalah ‘re-packaging’ yang lebih menyeluruh dan bukanlah sekadar mengawal Pengisytiharan Aset atau isu Pendanaan dan sumbangan politik seperti yang dicadangkan melalui Akta PDEA.

HAJI JAIS ABDUL KARIM
PRESIDEN
10 OGOS 2021

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*