Pertemuan bersama Ketua Pengarah GIACC

Putrajaya, 28 Ogos 2020- Pertemuan bersama Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed di pejabat beliau pagi tadi berjalan dengan lancar. Presiden MCW, Jais Abdul Karim menerangkan objektif anjuran kempen 100 ribu stiker antirasuah yang akan dijalankan dengan sokongan GIACC pada 12 September 2020 nanti.
Pelbagai isu mengenai salah guna kuasa dan rasuah negara turut dibincangkan dalam pertemuan pagi tadi.
Beliau menekan kepentingan ‘suara rakyat’ dalam mengetengahkan pelaksanaan undang-undang ‘sumbangan politik’ demi memastikan pemimpin negara benar-benar telus dalam menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat berintegriti tinggi.
Beliau menyimpan hasrat agar Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dapat diteruskan walaupun berlaku perubahan tampok kepimpinan negara. Agenda dan strategi NACP banteras RASUAH akan ditambahbaik mengikut kesesuaian semasa.
MCW juga akan meneliti peranan dan fungsi Suruhanjaya integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang sepatutnya diperkasakan dan tidak perlu ada satu badan atau agensi baharu ditubuhkan bagi menyiasat kes berkaitan salah laku dan disiplin anggota PDRM. Hal ini dilihat agak kurang tepat kerana tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada.
Selain itu, Akta Sabotaj Ekonomi juga akan diteliti sebagai kajian dan dijadikan memorandum desakan kepada kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaannya.
Pada akhir sesi pertemuan, Presiden MCW menyampaikan Anugerah Khas Ikon Pejuang Antirasuah Negara kepada Tan Sri Abu Kassim secara rasmi atas jasa dan pengorbanan beliau dalam memastikan Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti dan bersih rasuah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*