KENYATAAN MEDIA MCW-PERJUDIAN HARAM DI SG BULOH

KENYATAAN MEDIA MCW
9 OGOS 2020

1. MCW teruja dengan keberanian individu yang mengambil video berkenaan perjudian haram di Sg Buloh.

2. Pendedahan berkenaan sikap segelintir kecil anggota penguatkuasaan yang tidak berintegriti ini memberi kesan besar kepada semua anggota penguatkuasa di seluruh negara.

3. MCW mendesak pihak PDRM, SPRM, SIAP dan PBT yang berkenaan untuk mengambil segala tindakan segera yang perlu. Tindakan tegas mesti diambil bagi menumpaskan para penjenayah ini.

4. Masalah kedai judi yang dilindungi ini ada dalam semua bandar di Malaysia. Ianya adalah satu ‘open secret’.

5. Ramai anggota masyarakat yang sengsara disaat anggota penguatkuasaan tersebut memakan REZEKI HARAM yang pasti akan menghancurkan masa depan mereka dan keluarga mereka sendiri.

6. Anggota masyarakat yang ingin mengadu mestilah benar-benar memahami hak mereka dan kaedah laporan yang selamat.

7. MCW juga ingin menasihatkan kepada para pengadu agar menyalurkan maklumat kepada saluran yang lebih tepat atau laporkan kepada kami di talian WhatsApp +60178111472 atau di FB – Malaysia Corruption Watch.

Haji Jais Abdul Karim
Presiden MCW

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*