Keputusan mahkamah cermin tiada campur tangan kerajaan

NAJIB Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Keputusan mahkamah cermin tiada campur tangan kerajaan

NAJIB Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Oleh Abdul Hadi Ab. Manap

28 Julai 2020, 4:09 pm

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram mencerminkan institusi kehakiman bebas daripada telunjuk kerajaan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ketelusan dan kebebasan badan kehakiman menjadi tanda aras keadilan kepada setiap individu tanpa mengira kedudukan, status mahupun kuasa.

“Dunia telah menyaksikan sistem perundangan dan kehakiman Malaysia sedang berada di tahap yang terbaik apabila pemimpin kerajaan semasa turut disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.

“MCW juga telah melihat dengan jelas bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan penyiasatan dengan baik begitu juga dengan pihak pendakwaan.

“Yang paling penting, jelas kelihatan bahawa kerajaan semasa juga tiada campur tangan dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara ini dan disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara antara dua hingga 20 tahun dan juga boleh didenda jutaan ringgit. – UTUSAN ONLINE

DIKEMASKINI PADA 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*