Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Kerajaan perlu beri komitmen tinggi

Jais ketika bercakap pada Wacana Sinar Harian Ke-112, Tanggungjawab Banteras Rasuah Di Malaysia di Dewan Karangkraf di sini semalam. - FOTO ROSLI TALIB

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Kerajaan perlu beri komitmen tinggi

Jais ketika bercakap pada Wacana Sinar Harian Ke-112, Tanggungjawab Banteras Rasuah Di Malaysia di Dewan Karangkraf di sini semalam. – FOTO ROSLI TALIB

MOHD HAFIZ ISMAIL | 26 Jun 2019

SHAH ALAM – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang ada ketika ini sudah cukup bagi melindungi pemberi maklumat tetapi dalam masa yang masa kerajaan perlu memberikan komitmen tinggi agar kumpulan tersebut benar-benar dilindungi.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, ini kerana wujud beberapa kes pemberi maklumat terdedah kepada umum yang menyebabkan mereka menerima ancaman.

“Pertama kita tidak tahu kebocoran itu berpunca dari mana tetapi ia sesuatu yang tidak boleh diterima. Keduanya, kesilapan itu datangnya daripada pemberi maklumat sendiri kerana selepas buat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka buat sidang media,” katanya pada Wacana Sinar Harian ke-112, Tanggungjawab Banteras Rasuah Di Malaysia semalam.

Beliau turut mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya melihat kepada kes-kes yang melebihi satu jumlah sebagai satu keutamaan bagi menyiapkan kertas siasatan.

“Wujud kerisauan dengan jangka masa yang lama diambil oleh SPRM untuk menyiasat satu-satu kes. Kalau kes rasuah berjumlah RM5,000 mungkin siasatan dalaman oleh unit integriti agensi itu sahaja.

“Jika kes kecil pun mereka perlu kendalikan bagaimana pula dengan kes rasuah melibatkan RM100,000 ke atas. Siapa nak lakukan tugas siasatan ini?,” soalnya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/34442/KHAS/Wacana/Akta-Perlindungan-Pemberi-Maklumat-Kerajaan-perlu-beri-komitmen-tinggi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*