JEMPUTAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) NEGERI PERAK UNTUK MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) BERSAMA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA / MALAYSIA CORRUPTION WATCH (MCW) DENGAN KERJASAMA PEJABAT MENTERI BESAR PERAK DAN SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (SPRM)

*JEMPUTAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) NEGERI PERAK UNTUK MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) BERSAMA PEMERHATI RASUAH MALAYSIA / MALAYSIA CORRUPTION WATCH (MCW) DENGAN KERJASAMA PEJABAT MENTERI BESAR PERAK DAN SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (SPRM)*

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PEMERHATI RASUAH MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai MALAYSIA CORRUPTION WATCH (MCW) akan menganjurkan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Pejabat MB Perak & Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai menyokong Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) bagi memastikan rasuah dibanteras menerusi NGO bersama institusi kerajaan dan swasta secara efektif.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak YBhg. Tuan untuk *mengesahkan kehadiran dan turut membantu memanjangkan jemputan ini* kepada NGO-NGO lain di seluruh negeri Perak bagi menandatangani IBR yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

📍Tarikh : *SELASA, 7 November 2017.*
📍Masa : 7.00 Malam – 10.30 Malam.
📍Tempat : Dewan SUK, Ipoh, Perak.
📍Tetamu kehormat : *YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zamry Abdul Kadir, MB Perak dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM* akan hadir menyaksikan Majlis Tandatangan IBR oleh Ketua-ketua Kluster dan wakil NGO.

4. Pihak NGO berkenaan dikehendaki menghantar maklumat lengkap (nama pertubuhan, nama pengerusi atau presiden dan nombor telefon bimbit yang boleh dihubungi) menerusi aplikasi WhatsApp ke talian +6017-8111472 bagi memudahkan pihak MCW menyalurkan maklumat lengkap dan terkini majlis ini dan bersoal jawab berkaitan perkara di atas.

5. Sokongan dan kerjasama dari pihak YBhg. Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Salam hormat,

*HJ. JAIS BIN ABDUL KARIM*
Presiden MCW
26 Oktober 2017

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*