Kejar 17-Johor

Kejar 17 diteruskan lagi ke negeri Johor Darul Takhzim. Konvoi kali ini juga menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan JDT dan Pegawai SPRM Ibu Pejabat sempena sambutan 50 tahun BPR/ SPRM peringkat negeri Johor yang turut disertai oleh Pengarah SPRM Negeri Johor. Sebelum perlawanan bermula Presiden MCW, Hj. Jais sempat bergambar bersama TMJ.
“Saya kenalkan diri sebagai Presiden NGO anti rasuah yang baharu, Malaysia Corruption Watch”.
“Bila MCW ditubuhkan dan berapa orang ahli? TMJ dengan nada penuh minat bertanya kepada saya…”
Semoga MCW mendapat sokongan padu semua pihak dalam usaha agresif bagi memerangi rasuah negara dengan efektif.

Selesai sudah giliran saya mengiringi PROGRAM KEJAR 2017 di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Saya singgah sebentar di Pontian bersama Tok Salim, AJK MCW untuk mempromosi MCW menerusi rancangan BERSAMA MU TV3. Menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk membantu kos perubatan seorang anak nelayan.

Jam 6 petang ini, kami mengadakan kunjungan hormat bertemu Penasihat MCW di Singapura, Dato’ Abdul Halim Kader di Singapore Recreation Club.

Haji Jais Abdul Karim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*