SPRM TAK PERNAH RUJUK, LAPOR KES KE JPM

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Samat Kasah (dua kanan) bercakap pada sidang meja bulat bertajuk SPRM mesti agresif oleh Malaysia Corruption Watch (MCW) di Hotel Regency, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 SEPTEMBER 2017

SPRM TAK PERNAH RUJUK, LAPOR KES KE JPM

Mohd Zaini Samsu Hadi/ Khamis, 7 September 2017

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Samat Kasah (dua kanan) bercakap pada sidang meja bulat bertajuk SPRM mesti agresif oleh Malaysia Corruption Watch (MCW) di Hotel Regency, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 SEPTEMBER 2017

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Samat Kasah (dua kanan) bercakap pada sidang meja bulat bertajuk SPRM mesti agresif oleh Malaysia Corruption Watch (MCW) di Hotel Regency, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebarang laporan atau rujukan kes dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mana-mana bahagian di dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Malah, suruhanjaya itu juga tidak pernah melapor ke pengetahuan pegawai daripada jabatan berkenaan berhubung tindakan yang bakal dikenakan terhadap individu-indididu yang disiasat dan didapati bersalah.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Samat Kasah, menjelaskan agensi pencegahan rasuah yang diletakkan di bawah JPM itu ketika ini hanya melaporkan sebarang perkembangan kes kepada 42 individu dan pihak bertauliah, yang diberi tanggungjawab seperti diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Menurutnya, ia termasuk Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dianggotai oleh wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari pelbagai parti politik, Panel Penilaian Operasi (PPO), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Jawatankuasa Aduan.

“Kami tidak pernah melapor sebarang perkembangan siasatan atau tindakan kepada JPM walaupun kami berada di bawah JPM.

“Tapi kami melapor kepada 42 pihak ini yang sentiasa memantau tugas dan perkembangan setiap kes yang disiasat dan diambil tindakan oleh agensi ini,” katanya ketika membuat ulasan pada Sidang Meja Bulat bertajuk ‘SPRM Mesti Agresif’ anjuran Malaysia Corruption Watch (MCW) di ibu negara malam tadi.

Samat yang juga Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM mengakui masih wujud persepsi serong dalam kalangan masyarakat kini yang mempersoalkan tindakan tangkapan yang ramai dibuat oleh agensi itu kebelakangan ini.

Kebiasaan yang dibangkitkan, kata beliau termasuk kegagalan SPRM mendakwa dan mensabitkan kesalahan kepada perasuah serta kurangnya kepakaran agensi itu terutama dalam aspek penyiasatan dan pendakwaan.

“Di negara kita orang mempersoalkan kewibawaan SPRM, tetapi pada masa sama, di luar negara kita sering diundang untuk memberikan pandangan kita.

“Ada pegawai yang kita hantar ke Uzbekistan, Bhutan dan China, malah kita juga mengambil pakar-pakar dari universiti untuk bersama dengan agensi kita,” ujarnya.

Sebagai bukti terhadap kejayaan SPRM, beliau memberitahu, banyak kes rasuah membabitkan sindiket perjudian, rumah urut dan penyeludupan diperoleh hasil perisikan sendiri SPRM dan bukan bergantung sepenuhnya kepada aduan diterima.

Pada sidang meja bulat itu, beliau turut menerima 10 resolusi khas, diperoleh hasil daripada rundingan yang dihadiri kira-kira 20 wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili belia dan masyarakat umum.

Antara kandungan resolusi itu termasuk mahu SPRM memberi fokus kepada perolehan kerajaan dan swasta; pendidikan anti rasuah, integriti dan etika di peringkat sekolah rendah, menengah serta universiti; keberkesanan kuasa pendakwaan; agresif kepada pemberi rasuah bersindiket serta SPRM perlu lebih proaktif dan meluaskan skop siasatan. – MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*