MCW saran gaji dan elaun polis dinaikkan elak gejala rasuah

MCW saran gaji dan elaun polis dinaikkan elak gejala rasuah

KUALA LUMPUR — Kunjungan hormat Delegasi Kepimpinan Kanan MCW yang diketuai oleh Presiden MCW, Jais Abdul Karim ke atas Datuk Pahlawan Mazlan Mansor berjaya menjalinkan hubungan erat kedua-dua pihak.

Menurut Jais, pelbagai perkara diketengahkan bagi merungkai persepsi negatif terhadap segelintir anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikaitkan dengan salah laku rasuah.

Katanya, persepsi itu tidak sepatutnya berlaku kerana PDRM adalah Adi Wira yang sanggup menjaga keselamatan negara dengan risikio yang sangat tinggi.

“Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi tugas mulia mereka,” katanya dalam kunjungan hormat itu di Bukit Aman semalam.

Namun jelas Jais, pihak PDRM juga harus memainkan peranan dengan lebih efisyen dan menampilkan imej mesra rakyat.

“Kerajaan disarankan menaikkan gaji dan elaun khas risiko, setimpal dengan pengorbanan mereka. Insentif ini dapat dijadikan sebagai motivasi dan langkah bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dengan godaan wang yang berunsurkan rasuah,” kata beliau.

Kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak PDRM menyebabkan peningkatan taraf kebajikan anggota polis, sistem dan pelan penambahbaikan agak terbantut.

Pihak media juga perlu memberikan kerjasama dalam membantu membersihkan imej PDRM pada mata rakyat.

Jangan hanya mementingkan berita utama semata-mata untuk jadi juara bersaing sesama media perdana tanpa usul periksa mengenai kerahsiaan di sebalik operasi PDRM yang tidak boleh didedahkan secara tersurat, kata Jais.

MCW juga mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan integriti warga PDRM di samping akan memberikan komitmen tinggi dalam usaha untuk membanteras gejala rasuah.

Dalam pertemuan tersebut, delegasi MCW juga dapat berkenalan dengan lebih mesra dengan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Datuk Zamri Yahya, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang turut hadir membincangkan penambahbaikan PDRM.

— BebasNews

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*