MCW komited perangi rasuah-Sinar Harian

MCW komited perangi rasuah

SINGAPURA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) terus komited memerangi rasuah dengan menyertai Hari Rasuah Antarabangsa (HARA) 2018 di Singapura pada 7 Disember hingga 9 Disember lepas.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, seramai 35 orang terlibat dalam Kunjungan Ilmiah MCW ke Singapura yang berkongsikan strategi menghapuskan rasuah bagi dipraktikkan di Malaysia kelak.

Menurutnya, beliau mahu semua ahli MCW mempelajari ilmu anti rasuah dan maklumat penting berkaitan jenayah tersebut sebagai langkah memperkasa pengetahuan mereka dalam undang-undang melibatkan rasuah.

“Kedutaan Singapura amat mengalu-alukan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) seperti MCW untuk menjalin hubungan dengan pihak agensi kerajaan bagi memerangi rasuah.

“Tujuan MCW untuk mempelajari strategi dan kaedah sistem tadbir urus yang baik dari Singapura dalam menangani serta mencegah rasuah memandangkan Singapura berada pada tangga keenam terbaik daripada 180 negara yang dinilai tahap keterlibatan rasuah di dunia.

“Hubungan dan persefahaman baik Malaysia dan Singapura telah dijalinkan oleh pihak SPRM dengan negara berkenaan dalam membincangkan kaedah terbaik bagi membanteras rasuah negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, strategi dan idea akan terus dibincangkan dari semasa ke semasa demi memastikan tiada toleransi terhadap pengamal rasuah di Malaysia.

“Sebelum delegasi MCW bertolak pulang ke Malaysia, sesi terakhir diadakan di pantai Siloso, Pulau Sentosa. Penilaian dan penambahbaikan program dibincangkan dengan teliti.

“Para peserta berjanji untuk meneguhkan jati diri masing-masing demi perjuangan anti rasuah MCW dan ia harus bermula dengan tahap integriti diri yang terbaik,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mcw-komited-perangi-rasuah-1.914102

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*