Soalan-soalan Lazim (FAQ)-MCW

I – BAGAIMANAKAH CARA NAK JADI AHLI MCW ?

STRATEGI KEAHLIAN MCW yang TERHAD dan bersifat ‘by invitation only’ penting dalam memastikan perjuangan MCW terus mantap. Mesyuarat AJK MCW Bilangan 1/2017 telah memutuskan bahawa keahlian Biasa dan Seumur Hidup telah dihadkan kepada 100 orang sahaja dan tertakluk kepada keputusan akhir Mesyuarat AJK MCW.

Individu yang menerima jemputan menjadi ahli, bolehlah mengisi borang keahlian rasmi atau ‘online’ melalui WhatsApp+6017 8111472, membayar yuran keahlian melalui Akaun MCW di Bank Simpanan Nasional (1410041000294676) atau secara tunai dan maklumkan pembayaran online itu kepada WhatsApp tersebut.

Mesyuarat AJK akan membuat keputusan akhir kelulusan keahlian tersebut dan akan memulangkan semula wang tersebut sekiranya permohonan tidak diluluskan.

II – APAKAH FAEDAH MENJADI AHLI MCW ?

Ahli diwajibkan hadir program SERGAH MINDA – ‘Strategi Elit Revolusi Gerakan Anti Rasuah’ seharian penuh yang akan diadakan setiap 6 bulan sekali.

Setiap ahli akan ditawarkan untuk berkhidmat dalam MCW sama ada sebagai Koordinator atau Panel Pemikir tertakluk kepada kepakaran dan usia masing-masing. Surat rasmi perlantikan akan dikeluarkan dan diberikan pada majlis bersesuaian.

Anda akan dijemput menyertai pelbagai program anjuran MCW atau SPRM yang akan sentiasa berkolaborasi.

Ahli seumur hidup akan menerima sehelai kemeja rasmi MCW. Faedah lain akan dimaklumkan kemudian.

III – APAKAH YANG DIHARAPKAN DARI AHLI-AHLI MCW ?

Setiap Ahli MCW adalah diharapkan menjadi individu pemimpin yang mempunyai pengikut masing-masing, tidak mengejar populariti, akan menjadi contoh kepada orang lain dan AMAT BERTANGGUNG JAWAB.

IV – APAKAH PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH AHLI-AHLI MCW ?

Setiap ahli MCW diharapkan menggunakan kelebihan atau minat yang ada didalam diri masing-masing untuk melaksanakan aktiviti yang selaras dengan objektif MCW.

Mereka MESTI menjadi penggerak utama ke arah menjadikan Malaysia negara maju menerusi penegakkan amalan INTEGRITI dan memerangi semua gejala RASUAH dengan memainkan peranan sebagai pejuang, pemberi maklumat serta berfungsi sebagai mata dan telinga yang amat peka.

Mereka sendiri mesti bertekad untuk menghindarkan diri sendiri dari terlibat dengan rasuah.

Sentiasa meluangkan masa menyertai program atau latihan yang MCW anjurkan.

V – BAGAIMANAKAH MASYARAKAT BOLEH MENAWARKAN DIRI UNTUK BERKHIDMAT BERSAMA MCW ?

Anggota masyarakat yang berminat dengan MCW bolehlah mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan MCW secara PERCUMA.

Mereka akan dijemput menyertai pelbagai program yang sesuai dan menarik.

Mereka juga boleh berkhidmat berdasarkan kepada kemahiran dan minat yang ada pada diri masing-masing.

Sila tawarkan diri anda menerusi WhatsApp +6017 8111472 untuk berkomunikasi dengan pengurusan kanan MCW.

 

VI- APAKAH KATEGORI KEAHLIAN DALAM MCW ?

1.        AHLI BIASA
Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk menghindarkan diri daripada perlakuan rasuah. Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 30 dan yuran tahunan sebanyak RM 50 setahun ATAU yuran seumur hidup sebanyak RM 200.

2.        AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mana-mana persatuan atau pertubuhan yang berdaftar di Malaysia.

3.        AHLI KEHORMAT
Terbuka kepada individu yang berjasa kepada masyarakat berdasarkan pencalonan daripada ahli MCW atau dianugerahkan oleh MCW kepada individu yang difikirkan wajar dan layak. Tiada yuran dikenakan dan menerima hak sebagai ahli kecuali hak mengundi dan diundi.

4.        AHLI SUKARELAWAN
Terbuka kepada mana-mana individu yang berminat tanpa had umur dan tanpa membayar sebarang yuran. Boleh menyertai pelbagai program, menjadi aktivis dan tidak memegang sebarang jawatan dalam organisasi MCW.

Nota penting:
Kesemua kategori keahlian ini perlu didaftar dan diluluskan dalam mesyuarat rasmi AJK MCW.