PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT MCW
Perkongsian bahan bacaan wajib (OKTOBER 2024)
Buku terbitan 2024 – Perjuangan Membanteras Jenayah Rasuah – *MELENTUR BULUH BIAR DARIPADA REBUNGNYA*
Kredit kepada penulis – Datuk Mohd Fauzi Hussin, Pengarah SPRM Kuala Lumpur
*BAB 34- SUBJEK PENDIDIKAN ANTIRASUAH PERLU BERMULA DARIPADA SEKOLAH*
*Pengukuhan Integriti Dan Antirasuah*
Inisiatif pembudayaan integriti dan benci jenayah rasuah telah diperkenalkan oleh kerajaan secara menyeluruh kepada rakyat melalui pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003. PIN bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat, bermula dengan pegawai-pegawai awam. Kerajaan berusaha memantapkan lagi proses kerja untuk mengurangkan peluang bagi jenayah rasuah berlaku.
Pada 29 Januari 2019, kerajaan telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 menggantikan PIN, khusus untuk menangani isu-isu jenayah rasuah di negara ini. NACP mempunyai 115 inisiatif yang merangkumi enam bidang keutamaan iaitu tadbir urus dalam politik, sektor perkhidmatan awam, perolehan, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus korporat.
Daripada 115 inisiatif itu, sebanyak lapan (inisiatif NACP yang memberi fokus pembudayaan integriti dan antirasuah dalam bidang pendidikan.
*Inisiatif Fokus Bidang Pendidikan*
1) Guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan;
2) Pensyarah universiti;
3) Pendidik dan pentadbir KPM;
4) Pendidik dan pentadbir universiti;
5) Murid prasekolah;
6) Murid sekolah rendah;
7) Murid sekolah menengah; dan
Pelajar IPT awam dan swasta.
Bagi melaksanakan lapan inisiatif pembudayaan integriti dan antirasuah dalam bidang pendidikan, SPRM adalah agensi utama yang mengerakkan jentera pendidikan antirasuah di peringkat sekolah dan universiti dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
*Antara Inisiatif Pengukuhan Integriti Dan Pendidikan Antirasuah*
1) Memasukkan elemen antirasuah dalam buku teks sekolah. Elemen antirasuah diperkenalkan dalam buku teks sekolah secara berperingkat mulai tahun 2016. Sehingga kini, buku teks yang telah mempunyai elemen antirasuah adalah Pendidikan Moral Tahun 6; Pendidikan Moral (SJK Cina) Tahun 6; Pendidikan Moral (SJK Tamil) Tahun 6; Pendidikan Islam Tahun 6; Pendidikan Moral Tingkatan 1; Pendidikan Moral Tingkatan 2; Bahasa Melayu Darjah 3; dan Bahasa Melayu Darjah 4;
2) Program Wira Anti Rasuah (WAR) di sekolah rendah dan menengah. Program ini bermula pada tahun 2014 sebagai usaha menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam kalangan pelajar. Antara program dilaksanakan adalah ceramah antirasuah, pertandingan pidato, kuiz, pameran antirasuah dan lain-lain;
3) Projek Kedai Jujur di sekolah terpilih. SPRM dengan kerjasama KPM sedang melaksanakan projek rintis Kedai Jujur di 10 buah sekolah di sekitar Putrajaya. Objektif utama projek ini adalah menanamkan nilai integriti secara praktikal dalam kalangan murid. Projek ini akan diperluaskan di lebih banyak sekolah pada tahun akan datang;
4) Pendidikan antirasuah melalui siri animasi popular. Antara animasi yang memperkenalkan tema antirasuah adalah Boboboi, Sahabat Cilik SPRM dan Upin & Ipin. Strategi ini mensasarkan pendidikan antirasuah kepada murid sekolah rendah, prasekolah dan kanak-kanak. Pendekatan ini amat berkesan kerana tarikan karakter dan jalan cerita animasi yang menarik;
5) Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta. AMAR merupakan kelab pelajar bermula di IPT yang dijenama semula pada 24 September 2018. Sebelum ini dikenali nama Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) yang ditubuhkan pada 6 Disember 2007. Dari semasa ke semasa, lebih banyak IPT telah menubuhkan AMAR yang dibimbing oleh SPRM. Antara pengisian program adalah ceramah, seminar, bengkel, forum, kem, pertandingan pidato, pertandingan debat, persidangan dan konvensyen yang fokus kepada integriti dan antirasuah; dan
6) Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) di IPT awam dan swasta telah diperkenalkan mulai tahun 2018. SPRM bekerjasama dengan KPT untuk menawarkan KIAR di IPT. Antara IPT awam yang menawarkan kursus KIAR adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Manakala IPT swasta yang menawarkan KIAR antaranya adalah semua 12 kampus cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Tenaga pengajar bagi KIAR ini adalah kombinasi antara pengawai SPRM dan pensyarah IPT terbabit.
*Kesimpulan*
Dapatlah dirumuskan bahawa, agenda memperkukuhkan integriti melalui pegangan agama dan moral kepada generasi muda perlu disegerakan dan menjadi keperluan mendesak oleh kerajaan sekiranya mahukan generasi kita bebas daripada perlakuan jenayah rasuah. Pembudayaan integriti melalui pengukuhan pegangan agama dan kefahaman mengenai pendidikan antirasuah, wajib dijadikan elemen utama dalam usaha menginsankan pendidikan sama ada di peringkat sekolah dan IPT.
Warga pendidik juga adalah pegawai awam dan tidak kebal dengan jenayah rasuah. Mereka juga terdedah dengan perlakuan jenayah rasuah. Sehubungan dengan itu, usaha memperkukuhkan integriti dan antirasuah perlu bermula daripada para pendidik terdiri dalam kalangan pensyarah dan guru, seterusnya para pelajar.
Harus diingat, hanya integriti yang mantap sahaja akan mampu menjadi benteng kukuh bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan godaan jenayah rasuah. Agenda membanteras jenayah rasuah mesti dipikul oleh semua pihak. Jenayah rasuah mesti dianggap musuh nombor satu negara.
Tugas memerangi jenayah rasuah tidak hanya terletak di atas bahu SPRM sahaja. Masyarakat sendiri sewajarnya dapat menentukan tahap perlakuan jenayah rasuah di negara kita. Sekiranya anda menganggap negara kita mempunyai masalah jenayah rasuah yang serius dan berleluasa, sebenarnya anda mempunyai peranan untuk menjadikan negara kita lebih baik. Caranya mudah, iaitu jangan beri dan jangan terima suapan rasuah.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai harapan tinggi untuk melihat negara ini bebas darpada jenayah rasuah, laporkan pelakuan jenayah rasuah kepada SPRM.
Tindakan “tidak mahu jaga tepi kain orang” tidak akan membantu mengurangkan jenayah rasuah. Bukan sahaja memberi maklumat atau aduan, tetapi juga perlu membantu SPRM dalam menjadi saksi dalam kes siasatan dan pendakwaan di mahkamah. Oleh yang demikian, hentikan kritikan tidak membina kepada SPRM. Buktikan dengan tindakan bahawa anda benar-benar mahu membanteras jenayah rasuah.
+++++++++++++++
The article is a public service message from MCW, summarizing key points from the book *Perjuangan Membanteras Jenayah Rasuah – Melentur Buluh Biar Daripada Rebungnya* by Datuk Mohd Fauzi Hussin, SPRM Kuala Lumpur Director. It focuses on anti-corruption education, emphasizing that integrity and anti-corruption efforts should begin in schools. The National Integrity Plan (PIN), launched in 2003, and the National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023, introduced initiatives targeting six key areas, including politics, public service, and corporate governance.
Of the 115 initiatives, eight focus on education, ranging from preschool to universities. These initiatives include embedding anti-corruption elements in school textbooks, organizing anti-corruption programs in schools and universities, and implementing projects like the “Kedai Jujur” (Honesty Store) to instill integrity in students. Animated series and student organizations such as AMAR (Angkatan Mahasiswa Antirasuah) also promote anti-corruption values.
The article concludes by stressing the importance of strengthening integrity, starting with educators and students, and urges citizens to actively fight corruption by refusing bribes and reporting cases to SPRM. It calls for collective responsibility to combat corruption, warning that ignoring the issue won’t help reduce it.