JAKARTA, 17 November 2023 – MCW berkesempatan mengadakan pertemuan dan perbincangan ringkas mengenai perkembangan semasa, isu-isu rasuah politik, strategi pencegahan rasuah yang dilaksanakan ICW dalam mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat mereka. Tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke pejabat ICW di Kalibata untuk menimba ilmu. Seperti biasa kunjungan MCW disambut baik oleh Koordinator Almas Ghaliya Putri Sejafrina, Siti Juliantari Rachman, Kurnia Ramadhana dan staf pengurusan ICW.
ICW memberi penekanan terhadap konsep Sekolah Antikorupsi (SAKTI) yang dijadikan sebagai wadah pendidikan integriti yang berkesan dalam membentuk peribadi mulia bermula dari peringkat awal. Latihan dan kursus selama seminggu diadakan bagi memastikan para paserta mahir, berdisplin, terdidik dengan ilmu integriti serta dapat melahirkan insan beretika tinggi walau dalam jua persekitaran sekalipun.
Penasihat MCW, Prof.Dr. Lulyadi dari Indonesia juga turut mengambil kesempatan bertemu Presiden MCW di Royal Kuningan sebelum delegasi MCW berangkat pulang ke Malaysia.